[SINAR LIVE] SEJARAH ATAU PERLEMBAGAAN?
Drama dan polemik isu Kedah-Pulau Pinang yang berlanjutan selama lebih dua minggu tidak berakhir sebaliknya memasuki episod baru susulan titah Sultan Kedah baru-baru ini.
Hasrat baginda agar isu tersebut tidak dinoktahkan secara melulu sebaliknya dibincangkan demi rakyat negeri itu membayangkan kita akan terus mendengar cerita-cerita berkaitan untuk beberapa ketika lagi.
ke manakah hala tuju perbincangan isu ini harus dibawa? Wujudkah perbezaan besar sudut pandang sejarah dengan perlembagaan dalam menyorotinya?
Sejauh mana batas perbincangan yang boleh kita raikan agar ia tidak menjerumuskan rakyat kepada sentimen kenegerian?
Dengarkan perkongsian Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmi Arifin dalam Sinar Live SEKARANG di semua platform media sosial Sinar Harian.
Jika ada persoalan, kongsikan di ruangan komen!
Facebook: https://bit.ly/3eRMif7
Portal: www.sinarharian.com.my
Twitter: https://bit.ly/3em9ymy
Youtube: https://bit.ly/3tieLju
#SinarLive
#SinarHarian
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia